Thursday 26 May 2011

21st May 2011 - Tragedi Rumah Anak Yatim Tertimbus di Ulu Langat

Terkejut aku apabila dapat berita mengenai kejadian Tanah Runtuh melibatkan rumah anak2 yatim....

Berita yang amat sedih dan memilukan, tragedi rumah anak yatim tertimbus di Ulu Langat. Kejadian tanah runtuh ni berlaku petang tadi, kira kira jam 2.30 petang. Seramai 25 orang penghuni sedang bersiap siap untuk menerima ketibaan rombongan FINAS yang dijadualkan makan tengah hari dan beramah mesra dengan anak yatim.

Ketika kejadian, 25 orang berada di bawah khemah untuk majlis makan tengah hari itu. Rumah anak yatim berkenaan mempunyai 34 penghuni, semuanya lelaki.

Seramai 16 nyawa terkorban dalam kejadian tanah runtuh di rumah Anak-anak Yatim Ai-Taqwa, Hulu Langat, Selangor. Sila lihat senarai nama di bawah:

Sementara itu, seorang penghuni rumah anak yatim berkenaan, Mohd Faizal Isni, 17, berkata, ketika kejadian dia ke tandas dan tiba-tiba kejadian berkenaan berlaku.

“Saya nampak kawan-kawan yang berada bawah khemah sudah tertimbus, cuma nampak tangan dan kepala mereka. Semuanya terkambus.

“Masa yang sama, ketika saya menoleh ke belakang ternampak tanah runtuh seperti mengejar saya,” katanya.

Ketika kejadian 2.30 petang, semua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual 5 petang.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

“Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Morni Mamat, berkata sehingga 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat.

Berita dari Selangor Kini:
Dua mayat kanak-kanak penghuni rumah anak yatim sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis sebentar tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan bilangan penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.
Gambar tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim Ulu Langat






tragedi tanah runtuh rumah anak yatim ulu langat





Mangsa sedang dikeluarkan











Senarai 25 nama anak yatim mangsa tragedi tanah runtuh:

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,3)Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Eqim *
7) Zaim *
8 Angah *
9) Rahimi *
10) Zaid Ashwal, 18,

Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiz, 22,

Enam yang masih tertimbus ialah:
1) Riz, 9,
2) Lokman, 11,
3) Fahad, 9,
4) Aiman, 10,
5) Hazim, 9,
6) Hasril, 11,
* umur tidak diketahui

Masyaallah....kejadian ni betul2 membuat naluri keibuanku tersentuh...setiap kali aku membaca kisah
atau melihat gambar kejadian , air mata ini x putus2 gugur dari kelopak mataku...
Terlalu sedih...Hanya ALLAH sahaja mengetahui betapa hatiku menangis melihat anak2 itu tertimbus tanah...
Benar...ada hikmah disebalik kejadian ini....

Ya ALLAH...aku berdoa semoga roh anak2 itu semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...
AL-FATIHAH....amin....

No comments: